Latest News
 

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH KAFA

Ujian Penilaian Kelas KAFA (KAFA) Atau Lebih Dikenali Dengan UPKK Merupakan Peperiksaan Yang Dilaksanakan Kepada Murid KAFA (Berumur 11 Tahun Sahaja) Sama Ada Yang Belajar Di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) Dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Yang Menggunakan Sukatan Pelajaran Kurikulum KAFA JAKIM.

SUBJEK UPKK :
  • Ulum Syariah (Akidah Dan Ibadah)
  • Sirah
  • Jawi Dan Khat
  • Adab ( Akhlak Islamiah)
  • Lughatul Quran
  • Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Amali Solat
  • Bidang Al-Quran
 

UJIAN PENILAIAN BULANAN DAN PENGGAL

Ujian Penilaian Bulanan Dan Penggal Kafa Hendaklah Diadakan Dan Diselaraskan Oleh Pihak Sekolah.

UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)

  • Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Hendaklah Dilaksanakan Oleh Pihak Sekolah.
  • Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Wajib Diduduki Oleh Murid Tahun Lima KAFA Dan Hendaklah Mengikut Apa-Apa Garis Panduan Yang Ditetapkan Oleh Jakim Dari Semasa Ke Semasa.
  • Kertas Ujian Dan Skema Pemarkahan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Hendaklah Disediakan Oleh Panel Yang Ditetapkan Oleh JAKIM Dan Hendaklah Digunapakai Oleh Agensi Bertanggungjawab.

BIDANG-BIDANG YANG DINILAI :

  • Al-Quran.
  • Ulum Syariah (Aqidah Dan Ibadah).
  • Sirah.
  • Adab (Akhlak Islamiyah).
  • Jawi Dan Khat.
  • Asas Lughatul Quran.
  • Penghayatan Cara Hidup Islam.
  • Amali Solat.

SYARAT KELAYAKAN :

  • Mengikuti KAFA Sekurang-Kurangnya Tiga Tahun.
  • Murid Tahun Lima KAFA.
  • Berdaftar Untuk Menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

SIJIL UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)

  • Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Hendaklah Dikeluarkan Oleh JAKIM.
  • Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Hanya Diberi Kepada Calon-Calon Yang Menduduki Sekurang-Kurangnya Lima Mata Pelajaran Yang Dinilai.
  • Agensi Bertanggungjawab Di Negeri-Negeri Hendaklah Mengawalselia Sijil-Sijil Yang Akan Dikeluarkan Kepada Calon-Calon Yang Layak.
  • Bayaran Penggubal Kertas Soalan, Pemeriksa Kertas Jawapan, Ketua Dan Pengawas Peperiksaan UPKK Hendaklah Dibayar Berdasarkan Kelulusan Kementerian Kewangan.