Latest News
 

SEJARAH SEKOLAH

  • 1989 -  Pihak Masjid Jamik al-Amaniah telah menubuhkan Kelas Fardu Ain,  untuk membimbing anak-anak kariah masjid belajar membaca al-Quran dan fardu ain yang berumur antara 6 - 7 tahun. Kelas diadakan di tingkat atas masjid dengan tenaga pengajar seramai 3 orang. Kelas bermula dari jam 8.30 - 10.30 pagi mengikut hari bekerja. Sagu hati pengajar dibayar oleh pihak masjid.

  • 1991 - Sekolah Kelas Fardu Ain Masjid al-Amaniah didaftarkan dengan  Jabatan Agama Islam Selangor di bawah enakmen pengawalan sekolah-sekolah agama Islam 1988 dan pindaan 2001.Pendaftaran no.2J ( 9 ) 23 / 100 bertarikh  19 hb Februari 1991. Selepas didaftarkan pihak masjid menubuhkan ahli jawatankuasa pentadbiran sekolah KAFA yang dilantik di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa masjid yang mana diletakkan di dalam pentadbiran masjid pada masa itu.

  • 1997 - Majlis perjumpaan wakil-wakil daripada KAFA, masjid dan JAIS yang berlangsung pada 6 September 1996 bertempat di bilik mesyuarat masjid al-Amaniah Batu Caves, telah mengambil satu persetujuan bersama iaitu pentadbiran dan harta benda kepunyaan KAFA diserahkan kepada pentadbiran Masjid al-Amaniah bagi menepati prosedur  Enakmen Pengurusan Masjid-masjid Negeri Selangor 1988.

 

 

LATAR BELAKANG PENUBUHAN SEKOLAH

  • Tuan (Pengerusi) sekolah menyerahkan pentadbiran dan harta kepunyaan KAFA kepada pihak pentadbiran ahli jawatankuasa Masjid al-Amaniah mulai 1hb April 1997. Ahli jawatankuasa KAFA dengan sendirinya telah dibubarkan mulai tarikh penyerahan tersebut. Surat daripada JAIS bil (110) dlm.JAI.Sel (Pel) 2082/8/1 (G) bertarikh 24 Mac 1997 yang berbunyi bahawa jabatan ini telah mengambil keputusan bahawa pentadbiran KAFA Masjid al-Amaniah akan diserahkan kepada pentadbiran masjid mulai 1 April 1997 di bawah kelolaan biro pendidikan/ Masjid al-Amaniah.

  • Pelantikan ahli jawatankuasa pentadbiran KAFA al-Amaniah mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid selama 3 tahun sekali mengikut tempoh perlantikan ahli jawatankuasa masjid.

  • 2009 - Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi) Al-Amaniah, mempunyai bangunan yang agak baik dan selesa serta mempunyai 8 buah bilik darjah dengan berkapasiti 500 orang murid dengan  tenaga kerja seramai 14 orang guru.

  • 2011 - Sebuah kelas terpaksa ditutup untuk dijadikan sebuah bilik guru yang mana sebelum ini tidak terdapat bilik guru. Jumlah bilik darjah yang ada sebanyak 9 buah bilik darjah dengan mempunyai pelajar seramai 600 orang berserta tenaga kerja seramai 21 orang guru


 

ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988 DAN PINDAAN 2001

  • Pindaan : Seksyen 13 ( 6 ) jika sesuatu sekolah Islam didirikan di suatu masjid, surau atau dibina di premis ditapak yang dimiliki oleh masjid atau surau, pengerusi sekolah hendaklah nazir atau pengerusi surau berkenaan dan pendaftaran hendaklah dibuat di atas nama jawatan nazir atau pegawai masjid atau surau tersebut.