Latest News
 

PENGENALAN JIBG

Tujuan JIBG Di Tubuhkan Adalah Sebagai  Forum  Dan  Perkhidmatan  Bagi Kebajikan  Dan  Kemajuan  Murid-Murid Dalam  Sekolah  Dalam  Meningkatkan  Imej Sekolah,

Selai Itu, Membantu  Dan  Menambah  Usaha  Sekolah Dalam Memenuhi Kehendak Dan Keperluan Kebendaan  Murid-Murid  Dalam  Kegiatan Mereke.

Serta, Membolehkan  Ibu  Bapa  Dan  Guru  Dalam Sekolah  Bertukar-Tukar  Fikiran  Dan Maklumat Mengenai Pendidikan Serta  Memberi  Peluang  Kepada  Ibu  Bapa  Dan Guru Dalam Sekolah Berunding Antara Satu Sama  Lain  Dengan  Cara  Memperbaiki  Taraf Pendidikan Anak-Anak Mereka Pada Amnya

Akhir Sekali, Membolehkan  Ibu  Bapa  Dan  Guru  Dalam Sekolah  Untuk  Berusaha  Menambah Kewangan  Sekolah  Dan  Meningkatkan Kemudahan  Fizikal  Bagi  Tujuan Meningkatkan Kemudahan Pengajaran Dan Pembelajaran

 

MATLAMAT DAN OBJEKTIF JIBG

Untuk Mengadakan Suatu Forum Dan Perkhidmatan Bagi Kebajikan Dan Kemajuan Murid-Murid Sekolah Dalam Meningkatkan Imej Sekolah. Untuk Membantu Dan Menambah Usaha Sekolah Dalam Memenuhi Kehendak Dan Keperluan Kebendaan Murid-Murid Dalam Kegiatan Mereka.

FUNGSI PERSATUAN

  • Membantu  Dalam  Memajukan Perkembangan  Murid  Dan  Menjaga Kebajikan Murid. 
  • Menambah Sumber Kewangan Sekolah Bagi Menambah  Dan  Meningkatkan  Kemudahan Di Sekolah; 
  • Meningkatkan  Kemesraan  Dan Menyediakan  Saluran  Komunikasidan Hubungan  Antara  Sekolah  Dengan Masyarakat Setempat; 
  • Meningkatkan  Kecerian  Premis  Sekolah Supya  Dapat  Mewujudkan  Suasana  Yang Kondusif  Bagi  Menjayakan  Aktiviti  Dan Program Pendidikan

KEANGGOTAAN PERSATUAN 

  • Anggota Persatuan Terdiri Daripada Semua Guru Di Sekolah
  • Ibu Bapa Kepada Murid Yang Belajar  Dalam Sekolah
  • Warganegara  Malaysia  Yang  Diluluskan Permohonan  Untuk  Menjadi  Anggota Persatuan Oleh Pegawai Pendidikan Daerah Atau  Pegawai  Pendidikan  Bahagian  Atau Pendaftar 
  • Guru  Besar  Atau  Pengetua  Sekolah Hendaklah Menjadi Ex-Officio Dan Penasihat Persatuan.

JAWATANKUASA PERSATUAN

  • Persatuan  Hendaklah  Diuruskan  Oleh  Suatu Jawatankuasa Yang Dikenali Sebagai “Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG Hendaklah Dilantik Oleh Anggota Persatuan Pada Setiap Mesyuarat Agung Tahunan.  Anggota  Jawatankuasa  PIBG  Hendaklah Terdiri Daripada Warganegara Malaysia Sahaja. 

KORUM

  • Kuorum  Mesyuarat  Yang  Diadakan  Oleh  Persatuan Adalah Seperti Mesyuarat  Agung  Tahunan  Hendaklah  Tidak Kurang Daripada 3 Kali Jumlah Bilangan Anggota Jawatankuasa PIBG Dan Mesyuarat  Jawatankuasa  PIBG Hendaklah Tidak  Kurang  2/3  Daripada  Jumlah  Bilangan Anggota Jawatankuasa PIBG.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

  • Mesyuarat Agung Tahunan Hendaklah Pada Setiap Tahun Sebelum Akhir Bulan Mac. Jika  Mesyuarat  Agung  Tahunan  Tidak Diadakan  Sebelum  Akhir  Bulan  Mac,  Jawatankuasa PIBG  Hendaklah  Mengemukakan  Alasan  Dan  Tarikh Yang  Dicadangkan  Kepada  Pendaftar,  Melalui  Guru Besar Atau Pengetua, Sebelum 31 Mac. Notis  Tarikh  Mesyuarat  Agung  Tahunan Diadakan  Hendaklah  Diberikan  Kepada  Anggota Persatuan Selewat-Lewatnya 14 Hari Sebelum Tarikh Mesyuarat. 

MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR

  • Mesyuarat  Agung  Tergempar  Hendaklah Diadakan  Dalam  Tempoh  21  Hari  Daripada  Tarikh Keputusan  Jawatankuasa  PIBG Atau  Tarikh Penerimaan  Permintaan  Anggota  Persatuan  Atau Tarikh  Arahan  Pendaftar,  Mengikut  Mana  Yang Berkenaan.  Notis  Bertulis  Mengenai  Mesyuarat Agung  Tergempar  Hendaklah  Dikemukakan  Kepada Anggota  Persatuan  Selewat-Lewatnya  7  Hari  Dari Tarikh Mesyuarat Hendak Diadakan.