Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Amaniah merupakan sebuah sekolah Gred C. SAR KAFAI Al-Amaniah mempunyai 503 orang murid dan 18 orang tenaga pengajar. Latar belakang murid secara amnya adalah dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah terhad di mana sumber kewangan adalah daripada kutipan yuran bulanan, ini menyebabkan terdapat keperluan dan kemudahan yang tidak dapat disediakan secukupnya.
Untuk makluman tuan puan, sekolah ini telah beroperasi sejak tahun 1991, iaitu sudah melepasi 30 tahun. Kita sedia maklum, tempoh yang begitu lama bagi sesebuah bangunan akan menyebabkan prasarana bangunan tersebut semakin usang dan uzur yang boleh mengakibatkan berlaku sesuatu kecelakaan ke atas murid- murid sekolah.
Sehubungan itu, pihak sekolah dengan sedaya upaya berusaha menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif serta menyediakan keperluan kurikulum dan ko-kurikulum dengan secukupnya
Tujuan permohonan ini adalah untuk memohon sumbangan tambahan peruntukan kepada pihak Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Al-Amaniah bagi membina bangunan baru 1 blok 4 tingkat, menggantikan bangunan lama yang telah usang.
Untuk makluman, pada awalnya pihak sekolah telah membuat permohonan dana untuk membina bangunan 2 blok 3 tingkat yang bernilai RM 3,850,000.00. Namun demikian, setelah dinilai semula oleh pihak arkitek, jumlah dana yang diperolehi tersebut masih tidak mencukupi berikutan daripada kenaikan kos bahan binaan akibat covid-19 yang lalu. Selain itu, pelan bangunan yang asalnya 2 blok 3 tingkat, telah diubah semula menjadi 1 blok 4 tingkat, tetapi hasil dari perubahan pelan tersebut juga masih tidak dapat menampung kos bahan binaan buat masa kini yang semakin meningkat.
Sehubungan itu, pihak sekolah berhasrat untuk mencari dana tambahan bagi menampung kos untuk merialisasikan usaha membina bangunan baru sekolah ini sehingga terlaksana.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Bertanggungjawab Sebagai Penyelaras Program KAFA Di Peringkat Persekutuan Merangkumi Aspek Dasar, Kurikulum, Buku Teks, Kaedah Pentaksiran, Latihan, Pembiayaan, Pengurusan Sumber Manusia, Pemantauan Dan Penyeliaan.